Thursday, June 24, 2010

Aku Janji dalam kerjaya

Perbualan yang dirakamkan dalam kehidupan harian yang menjadi kebiasaan.
"Cikgu, buat apa pakai tudung jika tidak ikhlas"
bahkan yang lebih parah pernah didengar
"aku tak nak hipokrit, solat tapi tak ikhlas"
dan bermacam lagi "statement" maut yang boleh dituturkan oleh seorang yang bergelar insan.

statement sebegini sememangnya digunakan secara meluas bagi mereka yang "tidak hipokrit". Masalah yang utama ia bukanlah persoalan ikhlas atau tidak tetapi kewajiban sebagai hamba Allah. Apabila kita bersyahadahtain dengan Allah maka kita perlu akur dengan "Aku janji" tersebut.Sekiranya aku janji dengan majikan, guru dan lain-lain dapat kita tunaikan, apa salahnya tunaikan "aku janji" kita dengan Allah yang menciptakan dan memberikan rezeki kepada kita.

Jika bercakap pasal ikhlas, kadang-kala kita tidak ikhlas bekerja atau belajar atau apa sahaja dalam kehidupan kita. Namun kita laksanakan tugas kita agar kita nampak profesional, maka apabila "jawatan" sebagai hamba ini perlulah kita lakukan dengan penuh "profesional". Jika tidak kita akan "dipotong gaji" atau lebih malang "dibuang kerja". Ikhlas bukan mudah untuk diperoleh, daripada latihan harian maka akan datanglah kenikmatan. Jika kita melakukan kerja penuh komited insyAllah kita Ikhlas, dan majikan akan memandang kita dan naikkan gaji kita namun jika kita hanya buat kerja untuk cukup makan majikan tidak memandang cuma tiada bonus, gaji tetap diperoleh. Begitulah juga dengan tanggungjawab sebagai Hamba Allah. Suruhan Allah tetap wajib dilaksaan dalam ketidakikhlasan kerana sekurang-kurangnya kita tidak mendapat murka Allah iaitu dosa apabila tidak melakukannya.

Paksaan perlu dilakukan dalam diri dan insyAllah lama-kelamaan kita akan merelakan tindakan kita.

No comments:

Post a Comment