Monday, July 19, 2010

Ya akrabin, ya wardahtul humaira

Ya Allah, alangkah bahagianya bila erti hidup sebagai hamba dapat dipenuhi. Memberikan makna dalam hidup.

Teringat perbualan saya bersama teman semasa di kampus dahulu.
katanya kalau jadi guru satu perkara yang sukar adalah kita terikut rentak pelajar, kita kisahkan pelajar, penacapaian dan lain-lain sehinggakan kehidupan kita adalah dalam lingkungan ini, berborak dan berbual tentang pelajar. senyum dan marah juga kerana pelajar. sememangnya pandangan beliau itu hampir tepat. memang itulah kehidupan guru. namun anadai hanya mengajar untuk pelajar berjaya sia-sia semata penat lelah dan penumpuan tanpa memikirkan apakah mungkin terjadi pada anak didik 5 tahun mendatang.

Sang Murabbi mencetus Inspirasi.
sememangnya apabila bertanya teman sekampus dahulu, mereka masing-masing berkata gurulah medan untuk berdakwah dan aku bersetuju 100%. dan beberapa bulan lepas ketika pertama kali menonton filem dokumentari islam iaitu Sang Murabbi, maka aku faham erti hidup pada memberi.

sungguh bahagia perasaan melihat pelapis dakwah yang sedang tersemai. semoga Allah peliharakan diriku untuk terus mencari diri dalam memberi. Moga semaian itu, dengan izin Allah menjadi pohon yang kukuh meninggi dan rendang untuk berteduh.

ya Allah, redhamu adalah cita-cita kami
Ampunkanlah Kami duhai Allah yang Maha Pengampun
permudahkanlah jalan ini,
eratkan dan tambatlah hati-hati kami moga terus berada dalam jalanmu,
tabahkan hati kami dalam menempuh mehnah dan tribulasi dalam hidup,
moga syahid menjadi pengakhiran kami.
Ameen

Thursday, June 24, 2010

Aku Janji dalam kerjaya

Perbualan yang dirakamkan dalam kehidupan harian yang menjadi kebiasaan.
"Cikgu, buat apa pakai tudung jika tidak ikhlas"
bahkan yang lebih parah pernah didengar
"aku tak nak hipokrit, solat tapi tak ikhlas"
dan bermacam lagi "statement" maut yang boleh dituturkan oleh seorang yang bergelar insan.

statement sebegini sememangnya digunakan secara meluas bagi mereka yang "tidak hipokrit". Masalah yang utama ia bukanlah persoalan ikhlas atau tidak tetapi kewajiban sebagai hamba Allah. Apabila kita bersyahadahtain dengan Allah maka kita perlu akur dengan "Aku janji" tersebut.Sekiranya aku janji dengan majikan, guru dan lain-lain dapat kita tunaikan, apa salahnya tunaikan "aku janji" kita dengan Allah yang menciptakan dan memberikan rezeki kepada kita.

Jika bercakap pasal ikhlas, kadang-kala kita tidak ikhlas bekerja atau belajar atau apa sahaja dalam kehidupan kita. Namun kita laksanakan tugas kita agar kita nampak profesional, maka apabila "jawatan" sebagai hamba ini perlulah kita lakukan dengan penuh "profesional". Jika tidak kita akan "dipotong gaji" atau lebih malang "dibuang kerja". Ikhlas bukan mudah untuk diperoleh, daripada latihan harian maka akan datanglah kenikmatan. Jika kita melakukan kerja penuh komited insyAllah kita Ikhlas, dan majikan akan memandang kita dan naikkan gaji kita namun jika kita hanya buat kerja untuk cukup makan majikan tidak memandang cuma tiada bonus, gaji tetap diperoleh. Begitulah juga dengan tanggungjawab sebagai Hamba Allah. Suruhan Allah tetap wajib dilaksaan dalam ketidakikhlasan kerana sekurang-kurangnya kita tidak mendapat murka Allah iaitu dosa apabila tidak melakukannya.

Paksaan perlu dilakukan dalam diri dan insyAllah lama-kelamaan kita akan merelakan tindakan kita.

Tuesday, June 15, 2010

Allah memilih @ kita memilih,

Apabila disebut berkaitan pilihan. Mana mungkin kita perlu buat pilihan antara emas dan kaca melainkan kalau pilihan antara emas dari Terengganu atau emas dari Kelantan, ada yang kata emas daripada Terengganu lebih bermutu, tak pasti hakikat itu sebab belum pernah lagi membeli emas. Begitulah logik dan mantiknya, kadang-kadang mudah untuk kita katakan "Nantilah aku fikirkan dulu", "Tengoklah macammana" dan lain-lain alasan apabila teman mengajak kepada kebaikan. Pilihan dalam hidup cukup penting. Ingin dikongsikan di sini untuk pengiktibaran ketika diri ini membuat pilihan yang penting dalam sejarah hidup ini. ketika itu, langsung dalam kepala tidak menyangka kerana pilihan itulah yang mencorakkan keadaan diri ini kini. Suatu peristiwa yang kecil sahaja. Tarikhpun tidak dihafal dan tidak pula dimasukkan dalam diari.

Bertempat di Pusanika, selepas seminggu mendaftar di Varsiti tercinta itupun kalau tidak silaplah. Setiap pelajar diberikan peluang untuk mendaftar dengan mana-mana persatuan rasmi peringkat dalaman universiti.

Ada persatuan yang bercirikan sukan, kenegerian,kebajikan dan lain-lain. Bila diingat-ingat kembali rasanya hanya 2 persatuan yang diserta iaitu PERMATA dan ISIUKM. Namun, ia bukanlah sesuatu yang bersifat wajib daftar, terpulang pada diri masing-masing dan jika dah daftar sekalipun tak perlu aktif. Tiada merit dimerit. Tiada anugerah pelajar paling aktif ko-kurikulum atau apa sahaj. 100% atas kehendak sendiri dan pada masa itu sifat diri yang suka menilai dapat digunakan sepenuhnya melihat siapa yang petah bercakap yang berinput dan siapa pula yang diibarat tin kosong bingit, kuat, lantang tetapi kosong semata.

Dan dalam diri ini pada mulanya kurang berminat dengan mana-mana persatuan. Bukan kerana rasa masa akan terbuang ataupun apa-apa hal cuma was-was sebabnya belum mengenali sesiapa dan tiada siapa yang pernah rekomenkan apa-apa. Sedang kaki dilangkah mundar-mandir, mata berkeliaran kiri dan kanan tiba-tiba terserempak teman seroomate di matrikulasi terpacul mengepit beg ala-ala executive, Aizat MJ. Kalau diikutkan bukanlah kenal 100% latar belakang si Aizat MJ. Namun yakin dan percaya, dia seorang yang berakhlak dan menjaga. Dia menyakinkan diri ini untuk menyertai satu persatuan tetapi mulut menyebut tidak dan dia secara berseloroh yang lebih kurangnya "ko takut ke". Sebagai bukti, hati ini bukan diselubungi perasaan takut, aku sertai persatuan tersebut. tetapi bukanlah "join bodoh" bak kata orang tetapi karisma senior yang mengajak iaitu Bendahari Agung ISIUKM ketika itu A. Lutfi cukup membuatkan diri tertarik, dibuat pula poster kepimpinan yang cukup tinggi auranya, terutamanya presidenya A.Zulhazmi Fitri yang pernah dilihat di bilik persatuan mahasiswa fakulti FST.

Malam tu,teman roommate di kolej kediaman berborak denganku tentang minggu yang cukup menyibukkan mahasiswa/i baru. Dia sertai persatuan pilihan hatinya dan begitu juga diri ini. Walaupun kami tidak sekufu dari sudut pemikiran namun kami layankan sahaja setiap yang datang dari mulut masing-masing. Pandangan yang berbeza tidak menghalang.Hubungan kami tetap ok, Alhamdulillah.

Minggu itu, hari dan detik itu tidak ku ingat tarikhnya, tetapi detik itulah Allah izinkan aku untuk sertai persatuan ini. Menghantar Aizat MJ menguatkan keyakinan dan Alhamdulillah, pilihan yang cukup simple sekadar menyertai persatuan yang mungkin remeh pada fikiran sesetengah individu telah mengukuhkan pendirian hidupku kini dan insyAllah selamanya.

Pendek kata, jangan menganggap suatu pilihan walaupun memilih pakaian, patah kata yang ditutur. Semuanya memberikan impak dalam kehidupan kita dan menjadikan ia kayu ukur untuk menilai kita. Ya Allah yang layak memberikan hidayah pada sesiapa yang dikehendaki. Namun hati ini perlu dilorongkan untuk mencari hidayah tersebut.

Pada yang akan, sedang dan telah mencari pastikan pilihan kita itu tepat dengan syariat.

Wassalam.

Erti hidup sebagai hamba

Bismillah dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pertama kali menulis setelah sekian lama mencuba, banyak kekangan dan halangan yang datang pertama daripada diri dan kedua persekitaran. Pernah terdengar satu dialog ditelevisyen yang pastinya bukan drama melayu bahawa alasan menunjukkan ketidakcekapan. Namun sebagai manusia biasa kita akan mencari alasan tetapi janganlah alasan itu dibuat-buat atau kita sedia dengan alasan sebelum memulakan tugas.

Satu kisah nak diceritakan di sini. pengalaman peribadi yang mendidik dan mentarbiyyah diri. Menjadikan diri kurang beralasan sekiranya ia bukan yang sepatutnya, melupakan dalam bersahabat dan menjaga dalam menolak tetapi berhati-hati dalam menerima. Cukup bertuah semasa diri ini disebut nama terpilih bersama sahabat untuk menyertai satu program. Kalau nak dihitung kemampuan sememangnya kelayakan cukup rendah dalam segenap aspek namun biarlah kerana itu pandangan baik orang pada kita tetapi malangnya pada ketika itu dengan alasan ini yang bermain dalam benak otak tetapi alasan yang lain telah diberikan kepada "abang-abang". Dalam kepala pada ketika itu boleh mengagak jika alasan yang memang bermain dalam benak itu diberikan pasti akan dipatahkan dengan hujah-hujah mantap mereka. Syaitan dalam diri mencipta alasan lain dan nafsu mengikut sahaja. Program terus berjalan tanpa diri ini turut serta.

Sepanjang sahabat-sahabat lain dapat ditarbiyyah, dipimpin untuk memimpin. Duduk dalam kegelisahan, pelbagai perkara yang bermain dalam benak. Kemarahan para sahabat, ruginya kerana ilmu dan pengalaman yang tak tercapai dan teringat antara kata-kata azimat "ISLAM TAK PERLUKAN KITA, ISLAM TETAP BEGITU, TETAP IZZAH WALAUPUN PENGANUTNYA LEMAH, KITA YANG PERLUKANNYA UNTUK RASA BANGGA PADA DIRI".Itulah kerugian paling besar sehingga hari ini, peluang untuk ditarbiyyah terlepas kerana kebodohan diri. Betullah Allah memilih. kita merancang dan Allah tak izinkan pada ketika itu.

Sebagai penebus yang tak mungkin terganti maka semestinya diri ini harus seiring sejalan mengapai impian, mengorbankan masa, tenaga, harta, akal dan seluruh kehidupan untuk izzahkan islam kembali semampunya. Memberikan yang terbaik untuk hasil yang terbaik.