Apabila disebut berkaitan pilihan. Mana mungkin kita perlu buat pilihan antara emas dan kaca melainkan kalau pilihan antara emas dari Terengganu atau emas dari Kelantan, ada yang kata emas daripada Terengganu lebih bermutu, tak pasti hakikat itu sebab belum pernah lagi membeli emas. Begitulah logik dan mantiknya, kadang-kadang mudah untuk kita katakan "Nantilah aku fikirkan dulu", "Tengoklah macammana" dan lain-lain alasan apabila teman mengajak kepada kebaikan. Pilihan dalam hidup cukup penting. Ingin dikongsikan di sini untuk pengiktibaran ketika diri ini membuat pilihan yang penting dalam sejarah hidup ini. ketika itu, langsung dalam kepala tidak menyangka kerana pilihan itulah yang mencorakkan keadaan diri ini kini. Suatu peristiwa yang kecil sahaja. Tarikhpun tidak dihafal dan tidak pula dimasukkan dalam diari.
Bertempat di Pusanika, selepas seminggu mendaftar di Varsiti tercinta itupun kalau tidak silaplah. Setiap pelajar diberikan peluang untuk mendaftar dengan mana-mana persatuan rasmi peringkat dalaman universiti.
Ada persatuan yang bercirikan sukan, kenegerian,kebajikan dan lain-lain. Bila diingat-ingat kembali rasanya hanya 2 persatuan yang diserta iaitu PERMATA dan ISIUKM. Namun, ia bukanlah sesuatu yang bersifat wajib daftar, terpulang pada diri masing-masing dan jika dah daftar sekalipun tak perlu aktif. Tiada merit dimerit. Tiada anugerah pelajar paling aktif ko-kurikulum atau apa sahaj. 100% atas kehendak sendiri dan pada masa itu sifat diri yang suka menilai dapat digunakan sepenuhnya melihat siapa yang petah bercakap yang berinput dan siapa pula yang diibarat tin kosong bingit, kuat, lantang tetapi kosong semata.
Dan dalam diri ini pada mulanya kurang berminat dengan mana-mana persatuan. Bukan kerana rasa masa akan terbuang ataupun apa-apa hal cuma was-was sebabnya belum mengenali sesiapa dan tiada siapa yang pernah rekomenkan apa-apa. Sedang kaki dilangkah mundar-mandir, mata berkeliaran kiri dan kanan tiba-tiba terserempak teman seroomate di matrikulasi terpacul mengepit beg ala-ala executive, Aizat MJ. Kalau diikutkan bukanlah kenal 100% latar belakang si Aizat MJ. Namun yakin dan percaya, dia seorang yang berakhlak dan menjaga. Dia menyakinkan diri ini untuk menyertai satu persatuan tetapi mulut menyebut tidak dan dia secara berseloroh yang lebih kurangnya "ko takut ke". Sebagai bukti, hati ini bukan diselubungi perasaan takut, aku sertai persatuan tersebut. tetapi bukanlah "join bodoh" bak kata orang tetapi karisma senior yang mengajak iaitu Bendahari Agung ISIUKM ketika itu A. Lutfi cukup membuatkan diri tertarik, dibuat pula poster kepimpinan yang cukup tinggi auranya, terutamanya presidenya A.Zulhazmi Fitri yang pernah dilihat di bilik persatuan mahasiswa fakulti FST.
Malam tu,teman roommate di kolej kediaman berborak denganku tentang minggu yang cukup menyibukkan mahasiswa/i baru. Dia sertai persatuan pilihan hatinya dan begitu juga diri ini. Walaupun kami tidak sekufu dari sudut pemikiran namun kami layankan sahaja setiap yang datang dari mulut masing-masing. Pandangan yang berbeza tidak menghalang.Hubungan kami tetap ok, Alhamdulillah.
Minggu itu, hari dan detik itu tidak ku ingat tarikhnya, tetapi detik itulah Allah izinkan aku untuk sertai persatuan ini. Menghantar Aizat MJ menguatkan keyakinan dan Alhamdulillah, pilihan yang cukup simple sekadar menyertai persatuan yang mungkin remeh pada fikiran sesetengah individu telah mengukuhkan pendirian hidupku kini dan insyAllah selamanya.
Pendek kata, jangan menganggap suatu pilihan walaupun memilih pakaian, patah kata yang ditutur. Semuanya memberikan impak dalam kehidupan kita dan menjadikan ia kayu ukur untuk menilai kita. Ya Allah yang layak memberikan hidayah pada sesiapa yang dikehendaki. Namun hati ini perlu dilorongkan untuk mencari hidayah tersebut.
Pada yang akan, sedang dan telah mencari pastikan pilihan kita itu tepat dengan syariat.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment