Tuesday, June 15, 2010

Erti hidup sebagai hamba

Bismillah dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pertama kali menulis setelah sekian lama mencuba, banyak kekangan dan halangan yang datang pertama daripada diri dan kedua persekitaran. Pernah terdengar satu dialog ditelevisyen yang pastinya bukan drama melayu bahawa alasan menunjukkan ketidakcekapan. Namun sebagai manusia biasa kita akan mencari alasan tetapi janganlah alasan itu dibuat-buat atau kita sedia dengan alasan sebelum memulakan tugas.

Satu kisah nak diceritakan di sini. pengalaman peribadi yang mendidik dan mentarbiyyah diri. Menjadikan diri kurang beralasan sekiranya ia bukan yang sepatutnya, melupakan dalam bersahabat dan menjaga dalam menolak tetapi berhati-hati dalam menerima. Cukup bertuah semasa diri ini disebut nama terpilih bersama sahabat untuk menyertai satu program. Kalau nak dihitung kemampuan sememangnya kelayakan cukup rendah dalam segenap aspek namun biarlah kerana itu pandangan baik orang pada kita tetapi malangnya pada ketika itu dengan alasan ini yang bermain dalam benak otak tetapi alasan yang lain telah diberikan kepada "abang-abang". Dalam kepala pada ketika itu boleh mengagak jika alasan yang memang bermain dalam benak itu diberikan pasti akan dipatahkan dengan hujah-hujah mantap mereka. Syaitan dalam diri mencipta alasan lain dan nafsu mengikut sahaja. Program terus berjalan tanpa diri ini turut serta.

Sepanjang sahabat-sahabat lain dapat ditarbiyyah, dipimpin untuk memimpin. Duduk dalam kegelisahan, pelbagai perkara yang bermain dalam benak. Kemarahan para sahabat, ruginya kerana ilmu dan pengalaman yang tak tercapai dan teringat antara kata-kata azimat "ISLAM TAK PERLUKAN KITA, ISLAM TETAP BEGITU, TETAP IZZAH WALAUPUN PENGANUTNYA LEMAH, KITA YANG PERLUKANNYA UNTUK RASA BANGGA PADA DIRI".Itulah kerugian paling besar sehingga hari ini, peluang untuk ditarbiyyah terlepas kerana kebodohan diri. Betullah Allah memilih. kita merancang dan Allah tak izinkan pada ketika itu.

Sebagai penebus yang tak mungkin terganti maka semestinya diri ini harus seiring sejalan mengapai impian, mengorbankan masa, tenaga, harta, akal dan seluruh kehidupan untuk izzahkan islam kembali semampunya. Memberikan yang terbaik untuk hasil yang terbaik.

No comments:

Post a Comment